Powered By Blogger

Monday, January 18, 2010

Ruangan Ucapan

Anda boleh sampaikan ucapan, salam dan apa sahaja idea disini.....

Salam 2010 kepada anda semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010, semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa ceria di samping keluarga. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kerjaya anda masing-masing. Sempena lembaran tahun baru ini saya ingin meminta maaf diatas ketidak aktifan saya untuk online di dalam blog ini disebabkan masalah dan kekangan tertentu, namun pada tahun ini saya akan sedaya upaya untuk lebih aktif merapatkan kembali hubungan ex-stms yang berada di seluruh Malaysia, mungkin ada yang dah berhijrah ke luar negara. Sebelum terlupa saya ingin mengingatkan kembali hasrat rakan-rakan yang ingin menganjurkan 'Gathering' kali kedua yang tidak tercapai pada tahun lepas. Diharap anda dapat memberikan komen dan idea bernas disini, sekian wassalam, terima kasih.

Wednesday, February 11, 2009

MAHU JADI PENGACARA RTM

RTM akan melancarkan satu lagu produk terbaru utnuk tatapan semua penonton di kaca TV anda. Oleh yang demikian, satu ujibakat menjadi pengacara rancangan hiburan RTM akan diperlukan.Justeru itu saya mengalu-alukan kedatangan kawan-kawan semua yang berminat sila hadir ujibakat pada :

17 Feb 2009 (selasa)
Bermula 9.00 pagi
tempat : Media Digital Interaktif (MDI)
Tingkat 2, Bangunan IBC
Angkasapuri.

Sila bawa Resume masing-masing
Pakaian casual, no jeans....

Tuesday, January 6, 2009

Gathering ke 2 @ Melaka

Assalamulaikum kepada rakan-rakan yang disayangi semua, ekoran daripada kejayaan pengajuran gathering pertama @ KLCC perbincangan telah dilakukan, jadi ahli jawatankuasa kecil telah bersetuju untuk mengadakan gathering yang kedua di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Untuk makluman anda semua, kami telah memikirkan satu cara yang efektif bagi menjayakan gathering yang kedua ini dari segi kos. Jadi setelah brainstorming dilakukan dengan Bendahari projek gathering yang kedua ini iaitu Peezack (Norhafeza bte Ahmad Bastaman) maka kami bercadang untuk meng collect wang iaitu sebanyak RM30/RM50 setiap bulan bermula hujung bulan Januari ini bagi menjayakan gathering yang kedua ini. Bagi sesiapa yang berminat menyertai program ini sila sms atau hubungi Peezack di 012-6254579 untuk mendaftarkan diri. Maklumat lanjut mengenai penginapan,aktiviti, tarikh sebenar gtahering dan etc akan diberitahu kelak. sila berikan komen anda secepat yang mungkin kerana kami ingin membuat perancangan mengenai lokasi dan penginapan. Gathering yang kedua ini dijangkakan akan berlaku pada bulan 6 atau bulan 7 tahun ini bergantung kepada sokongan anda semua.. sekian wassalam :)

Kepada anda yang ingin mula membuat pembayaran sila masukkan wang anda ke akaun Maybank Norhafeza bte Ahmad Bastaman, No Akaun Maybank : 156011028469

Sunday, January 4, 2009

Gathering @ KLCC 3/01/2009

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang telah menghadirkan diri ke gathering kita yang pertama di KLCC. Komitmen anda semua membuatkan saya berasa begitu terharu sekali dan saya ingin meminta maaf jika terdapat sebarang kekurangan yang berlaku (al maklumlah plan last minute diatas desakan kengkawan) akan tetapi saya berjanji gathering yang kali kedua akan memberikan anda lebih hiburan dan pelbagai aktiviti yang dirancang akan dilakukan. Kepada Nawi yang sanggup turun dari Melaka Bandaraya bersejarah dengan Famili anda memang rawks! kepada yang tidak dapat hadir sila la tengok koleksi gambar kami di KLCC :) jangan jealous yea hehe.. Akhir kata Selamat Tahun Baru 2009 semoga anda semua berjaya melaksanakan azam baru yang telah ditanam dalam diri masing-masing.. sekian.. wassalam ...

senarai nama yang datang:

1) Ban
2) Kepet
3) Nizam
4) Putat dan Hazie
5) Nawi dan isteri dan anak dan adik ipar dan anak buah
6) Azman Jebat dan girl friend (apa name awek ko arr? rase cam penah tengok)
7) Rehan dan suami dan anak pompuan yang comel
6) hasz
7) Peezack

Monday, December 22, 2008

Gathering @ KLCC

Perhatian kepada rakan-rakan yang dikasihi, seperti yang telah dibincangkan dan diusulkan sebelum ini, setelah melihat daripada undian yang telah dibuat melalui poll maka gathering yang pertama kita akan diadakan di Kuala Lumpur (keputusan muktamad! sebarang surat menyurat tidak akan dilayan oleh admin) setelah dipersetujui juga tarikh gathering telah ditetapkan jatuh pada 3/01/2009 hari sabtu bertempat di KFC@ KLCC. Diharap anda semua dapat menghadirkan diri pada tarikh tersebut selewat-lewatnya jam 1.30 tengahari. Untuk RSVP sila hubungi Hasz, PN Peezack, PN Aida dan EN Muska. Sekian harap maklum.

P/S: jangan lupa hebah-hebahkan kepada kengkawan yang lain dan jangan lupa bawa kamera ok :)

Thursday, October 30, 2008

yg baju putih kt dpn tu jgn kacau haa?

Gathering kedua Ex-Stms akan diadakan di K L pada tahun 2010 ini. Sila undi lokasi pilihan anda?