Monday, January 18, 2010
Salam 2010 kepada anda semua
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010, semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa ceria di samping keluarga. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kerjaya anda masing-masing. Sempena lembaran tahun baru ini saya ingin meminta maaf diatas ketidak aktifan saya untuk online di dalam blog ini disebabkan masalah dan kekangan tertentu, namun pada tahun ini saya akan sedaya upaya untuk lebih aktif merapatkan kembali hubungan ex-stms yang berada di seluruh Malaysia, mungkin ada yang dah berhijrah ke luar negara. Sebelum terlupa saya ingin mengingatkan kembali hasrat rakan-rakan yang ingin menganjurkan 'Gathering' kali kedua yang tidak tercapai pada tahun lepas. Diharap anda dapat memberikan komen dan idea bernas disini, sekian wassalam, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)